JOM ke Gerai No 3!!!
Kumpulan Inovatif & Kreatif
TAHNIAH
MENGAPA IBADAH SEMBAHYANG TIDAK MEMBANGUNKAN INSAN
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.Golongan 1.Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.Golongan 2.Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.Golongan 3.Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.Golongan 4.Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.Golongan 5.Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Golongan 7.Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.Golongan 8.Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )Golongan 9.Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...
Marilah kita berMUHASABAHDimanakah solat kita?Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita? Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...
SUMBER : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2205
HIMPUNAN TAZKIRAH
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang laindilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela danmengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakankeburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapanmereka.Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesaldi atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripadaAbu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah merekayang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Danyang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, menceraiberaikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itumengumpat;1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapatdikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadidan kehormatan seseorang;3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodohdan rendah;4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntungdan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dankecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombongkerana memandang rendah orang lain.Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untukmenghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain ituberdosa besar;#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; #Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini keranamencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
Wudhu' (Wuduk)
Sabda Rasulullah (s.a.w):"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa" - Hadith Riwayat Muslim
Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
HEBAHAN..
Sabda Rasulullah:
"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."
"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."
Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."
____________________________________________________________________
Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...
Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...
Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...
Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...
Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)
Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...
Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!
Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...
Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
HATI DAN LISAN-TAZKIRAH
Ibnu Jarir Dalam tafsirnya "At-Thabari" menyebutkan bahwa dahulu ada seorang budak Habasyi (Etiopia) yang berkulit hitam legam, lalu tuannya berkata padanya: "Wahai budakku, sembelihlah kambing ini, lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling baik"Maka diapun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun terdiam beberapa saat, kemudian dia kembali berkata: "Sekarang sembelihlah kambing ini lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling buruk, maka diapun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun berkata: "Aku telah memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling baik lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati, kemudian aku memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling buruk lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati?" Maka budak itu pun menjawab: Kerana sesungguhnya tidak ada organ tubuh yang lebih baik dari keduanya jika keduanya baik, dan tidak ada organ tubuh yang lebih buruk dari keduanya jika keduanya buruk".Sungguh.. !Apa yang telah dilakukan oleh budak tersebut sangatlah benar, dia telah memilih lidah dan hati sebagai organ tubuh yang paling baik sekaligus juga yang paling buruk. Yang pertama: Lidah. Lidah.. Ibarat sebuah senjata atau pisau yang memiliki dua mata yang sangat tajam. Jika dia tidak menggunakannya dengan baik, maka senjata itu akan melukai orang lain atau melukai dirinya sendiri. Demikian juga lidah, jika seseorang tidak menggunakannya dalam kebaikan maka pasti dia akan terjerumus dalam keburukan. Salah seorang sahabat yang bernama Sofyan bin Abdullah pernah bertanya pada Rasulullah SAW: wahai Rasulullah, beritahukanlah padaku tentang satu perkara yang harus aku pegang teguh? Lalu beliau menjawab:
قل امنت بالله ثم استقم
Katakanlah: "Aku beriman pada Allah, kemudian beristiqomahlah"
Lalu sahabat itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan dariku? Kemudian Rasulullah memegang lidahnya sambil berkata: ini. Berapa banyak perselisihan yang terjadi antara dua orang teman yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak perceraian atau pertengkeran yang terjadi antara dua orang suami isteri yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak tawuran masal antara dua sekolah atau dua desa yang terjadi yang diakibatkan oleh lidah dan masih banyak lagi keburukan-keburukan lainnya yang disebabkan oleh lidah ini, entah itu berupa perkataan dusta, ghibah (menggunjing orang lain), namimah (mengadu domba), saksi palsu, mencela, mencerca dan lain sebagainya. Benarlah sabda Rasulullah SAW:
من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
"Barang siapayang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
Salah seorang penyair Arab berkata:
وجرح السيف تدمله فيبرا ويبقى الدهر ما جرح اللسان
"Luka karena pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan"
Oleh karena itu, marilah kita jaga lisan kita, jangan sampai lisan kita tergelincir dengan mengeluarkan kata-kata yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah Ta'aala atau keburukan bagi orang lain. jangan sampai amal ibadah yang kita lakukan sia-sia belaka karena perkataan yang keluar dari mulut kita. Kemudian yang kedua: hati Sungguh manusia itu tergantung pada hatinya, sebab hati itu memberi komando kepada seluruh anggota tubuh, dari mulai akal pikiran, mata, telinga dan lain sebagainya. Oleh karena itu apabila hatinya baik maka akan baik pulalah anggota tubuh yang lainnya, tetapi apabila jahat maka binasalah semua anggota tubuh yang lainnya. Rasulullah SAW bersabda:
ألا و إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله و إذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
"Ketahuilah bahwa sesungguhnya dalam hati itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, namun apabila ia rusak maka akan rusak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahwa (segumpal daging itu) adalah hati"
Hadits tersebut menunjukkan bahwa hati adalah barometer kebaikan dan keburukan tubuh seseorang. Oleh karena itu marilah kita jaga hati kita, jangan sampai kita kotori dengan noda-noda dosa yang dapat menutupi cahayanya. Karena semakin banyak dosa yang kita lakukan, maka akan semakin banyak noda hitam yang menutup hati kita, hingga akhirnya hidayah Allah pun tidak dapat masuk dalam hati kita. Juga marilah kita bertaubat pada Allah SWT dengan sebenar-benarnya taubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan, karena setiap diantara kita pasti telah melakukan kesalahan:
كلكم خطاؤون وخير الخطائين التوابون
"Setiap orang dari kalian pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat"
Juga dalam hadits lain disebutkan bahwa hanya dengan taubat inilah hati kita dapat kembali bercahaya dan memancarkan sinarnya.
Rasulullah SAW bersabda:
إن العبد إذا أذنب ذنبا كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب منها صقل قلبه، وإن زاد زادت،
"Sesungguhnya seorang hamba itu jika melakukan satu dosa maka akan meninggalkan satu noda hitam dalam hatinya, dan jika dia bertaubat maka hatinyapun akan kembali dibersihkan, namun jika bertambah (perbuatan dosanya) maka akan bertambah (pula) noda-nodanya"
Demikianlah, secebis peringatan bagi kita. Mudah-mudahan yang sedikit ini bermanfaat buat semua
Sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2219
Kepentingan Pokok dan Hutan kepada Kehidupan Kita
Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika.
Habitat flora dan fauna Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar. |
Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh
Pembekal ubat-ubatan Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir. |
Pembekal bahan mentah Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu. |
Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.
Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai.
Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan.
Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut :
Tahun | Hasil (m3) | Pendapatan (RMJuta) |
1980 | 27.9 | 2500.0 |
1990 | 40.0 | 4200.0 |
Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990. |
Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan.
Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.
Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik
Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.
Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.