SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

|

SELAMAT TINGGAL 2009 DENGAN PENUH KENANGAN,2010 MENYUSUL UNTUK KITA MENCORAK PERJALANAN KEHIDUPAN DAN KERJAYA YANG LEBIH CEMERLANG..
|


Selamat Pengantin Baru Kepada En Fait Bin Hanafi daripada Kelab JPPHB. Semoga Berbahagia sehingga ke anak cucu dan dimurahkan rezeki..Amin..

SELAMAT PENGANTIN BARU

|


Kelab Pembangunan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada en Nurulhadi bin Mohd Nordin..Semoga berbahagia menjalani kehidupan berumahtangga,dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur...Amin

TAHNIAH...

|


Tahniah kepada saudara kita En Saiduri bin Dolah (Arkitek Kanan) atas kelahiran cahaya mata, semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

|


Bumi Hijau - KERETA HIJAU

|



Sedar atau tidak kita terlepas pandang tentang kesedaran untuk memelihara alam semulajadi kita yang semakin hari semakin terjejas dengan sikap rangkus manusia yang mengejar kemajuan tanpa memikirkan kesan dan akibat pada generasi yang akan datang. Kesan rumah hijau terhadap bumi telah menyebabkan pelbagai jenis masalah yang mengundang. Kita sebagai warga UPSI boleh memainkan peranan kita sebagai agen perubahan untuk mengubah cara masyarakat sekeliling supaya memelihara alam sekitar. Kita boleh bermula dari kenderaan kita sendiri. Bagaimana caranya ?

1. Mengubahsuai atau membeli kenderaan yang mempunyai ciri-ciri hijau sebagai contoh NGV (Neutral Gas Vehicle) yang mana ia lebih menjimatkan kos bahan bakar bahkan ia lebih mesra alam. Kenderaan Hybrid yang menjimatkan penggunaan petrol yang mana ia memindahkan tenaga kepada tenaga elektrik dan bakal diperkenalkan ialah minyak biodisel yang memenuhi ciri-ciri hijau dan mesra alam.

2. Pemanduan hijau boleh kita praktikkan iaitu dengan memandu pada tahap ekonomik, tidak memecut secara tidak konsisten dan tidak memberhentikan kenderaan secara mengejut tanpa sebab dan ini boleh menjimatkan penggunaan petrol kenderaan kita. Kekalkan kelajuan kenderaan pada 1200 hingga 3000 rpm dan shift-up pada kadar 2000 hingga 2500 rpm. Rancang perjalanan dan kurangkan pemanduan yang tidak diperlukan. Mudahkan ! Marilah kita lakukan bersama.

3. Penyelenggaraan yang kerap. Kenderaan perlu diselenggara sekerap mungkin mengikut panduan buku servis yang dibekalkan, bersihkan penapis udara kenderaan yang mana ia boleh mengurangkan pembakaran petrol, mengurangkan pencemaran dan mengelakkan berlaku kerosakan pada kenderaan. Perkara ini sering dan mungkin kita tidak perasan oleh pemandu iaitu memeriksa tekanan tayar mengikut piawai yang ditetapkan. Pemeriksaan tekanan angin tayar perlu dibuat seminggu sekali untuk memastikan berada dalam tekanan piawai. Paling mudah dilakukan ialah mengeluarkan barangan yang tidak diperlukan di dalam kenderaan kerana semakin bertambah beban kenderaan semakin banyak penggunaan petrol.

4. Pemeriksaan tahunan pembakaran enjin kenderaan boleh dilakukan untuk melihat berapa banyak karbon monoksida terbebas ke udara. Paling mudah dari segi perkiraan, kita sebagai pemilik setiap kenderaan yang kita miliki, kita haruslah menghijaukan kawasan persekitran dengan menanam dua batang pokok setiap unit kenderaan sebagai timbal balik pembebasan karbon monoksida dari kenderaan kita. Sekiranya di UPSI mempunyai 100 buah kereta maka secara mudahnya jumlah pokok yang ada disekitar di UPSI sebanyak 200 batang. Dari sini tanggungjawab kita untuk menghijaukan kawasan persekitaran kita.

5. Nampak mudah tapi sukar dilaksanakan. Berkongsi kereta adalah perkara yang jarang dilakukan oleh warga UPSI, ini kerana mungkin banyak kekangan yang berlaku dari segi urusan kerja. Tapi setiap kekangan boleh diatasi dengan pelbagai cara bagi memastikan matlamat untuk mengekalkan alam persekitaran terpelihara tercapai. Maka tiada alasan sebagai rakyat yang prihatin pada persekitaran, jadi marilah kita lakukan perubahan demi alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

6. Tinggalkan kereta di rumah. Bunyi seperti tidak munasabah tapi itulah salah satu cara untuk memelihara bumi kita. Sebagai contoh kita boleh berbasikal dari rumah ke UPSI dengan cara ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran bahkan menambahbaik taraf kualiti kesihatan kita. Kalau ia begitu menyusahkan, kita lihat penggunaan basikal kuasa atau skuter yang berdasarkan tenaga elektrik yang mana penjanaan tenaganya tidak mecemarkan alam. Kenapa kita harus berfikir lagi. Ayuh ! Kita lakukan.

7. Menggunakan pengangkutan awam. Hujung minggu warga UPSI boleh menggunakan pengangkutan awam seperti komuter, bas untuk keluar ke pusat bandaraya Kuala Lumpur atau sebagainya. Secara tidak langsung ini boleh mengurangkan kesesakan jalanraya. Kita boleh memandu hanya sebahagian perjalanan dan sebahagian lagi menggunakan pengangkutan awam seperti STAR LRT, Putra LRT dan Monorail yang mana setiap hentian mempunyai kawasan meletak kenderaan. Jadikan ia sebagai budaya kita supaya alam sekitar kita ini terpelihara.

8. Penggunan penghawa dingin kenderaan secara bijak. Sekiranya anda memandu dengan jarak dekat gunakan peranan tingkap untuk mengalirkan udara ke dalam ruangan kereta. Sekiranya kita memandu jarak jauh tingkap perlulah ditutup untuk mengurnagkan rintangan angin yang boleh membebankan kenderaan. Letakkan kenderaan kita di kawasan yang redup supaya kita tidak menggunakan penghawa dingin kereta untuk menyejukkan ruangan kereta. Sekiranya membeli kereta baru biarlah udara luar yang memenuhi ruangan kereta, ini kerana bau yang dikeluarkan oleh kereta baru boleh membahayakan kesihatan kita. Di sini bermula satu kualiti alam sekitar kita untuk generasi akan datang.

9. Kurangkan pemanduan kenderaan. Lihat seperti sukar dilakukan tapi ia mampu mengurangkan kerosakan pada bumi kita. Dunia teknologi maklumat telah berkembang pesat, pengunaan internet dalam pekerjaan seperti isi dan kuku tidak boleh dipisahkan. Mungkin cara kerja lama boleh diubah kepada cara kerja yang baru. Sebagai contoh kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah sahaja. Seperti baru-baru ini Kementerian Kerja Raya telah membenarkan Pelukis Pelan untuk bekerja dari rumah. Perederan masa telah banyak merubah cara kita berkerja, gunakanlah dengan sebaik mungkin peranan teknologi maklumat.

10. Hidup tanpa kereta. Ini bukan bermaksud untuk tidak memiliki kenderaan atau untuk melumpuhkan industri automotif Negara. Sebagai contoh yang kita boleh analogikan ialah mencari tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja, sekolah, kedai atau pasaraya. Dengan ini pergerakan kita hanya berjalan kaki atai berbasikal sahaja untuk pergi tempat yang hendak dituju. Segalanya bermula daripada kita untuk memastikan dunia kita ini dipelihara dari pencemaran kesan dari pembangunan yang pesat. Harus kita ingin, kita tidak mewarisi dunia daripada ibu bapa kita bahkan kita meminjam dunia ini dari anak-anak kita. Fikir-fikrkanlah.

KUMPULAN SENGGARA

|




Masih belum terlambat mengucapkan TAHNIAH! kepada Kumpulan Senggara yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat UPSI Kali Ke-4 pada 5 November 2009.

TAHNIAH..Kelahiran anak saterusnya

|

Tahniah kepada saudara kita, En. Ahmad Khusairi bin Nazar (Penjaga Jentera Elektrik) atas kelahiran anak. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki....AMIN....

TAHNIAH...Kelahiran puteri ke-2

|


Tahniah pada saudara kita, En. Azahari bin Mad Bahah @ Bashah (Jurukur Bahan) kerana menerima cahaya mata ke-2. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki sekeluarga.AMIN

Penularan wabak "Radio Control Car"

|


Pada peminat kereta kawalan jauh bolehlah berhubung dengan saudara Zam (ustaz), ini adalah satu sukan yang baru menular dikalangan warga jpphb. Semoga sukan yang baru ini dapat merapatkan hubungan dikalangan ahli-ahli kelab dan juga dapat melepaskan tekanan kerja seharian. Saya tidak pasti harga kereta ini, tapi pada saya ia berbaloi-baloi (macam iklan celcom).

Proses Pembangunan Blog Kelab

|

Salam semua,
Kami ahli jawatankuasa Kelab Pembangunan dalam proses membangunkan satu ruangan khas untuk ahli-ahli kelab untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan juga mengetahui perkembangan Kelab Pembangunan. Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada bahan-bahan yang hendak dikongsi bersama ahli-ahli boleh maklumkan pada pihak kami untuk memuatnaik di dalam medium ini untuk tatapan kita semua. Semoga blog ini dapat memberikan satu tenaga dan motivasi untuk ahli-ahli terus menyumbangkan khidmat dan bakti pada kelab dan juga pada jabatan. idea-idea ahli-ahli kelab tidak akan dibakulsampahkan oleh kami, bahkan kami mengalu-alukan idea yang baru dan bernas dalam ruangan ini.

Mesyuarat Kali Pertama 2009

|

Salam semua...
Pertama kali mesyuarat Kelab Pembangunan JPPHB sessi 2010/2011 diadakan untuk merencana perjalanan kelab untuk jawatankuasa baru yang dinakhodai oleh pengerusi baru, Tuan Jamal Abdul Nasir. Banyak yang diperkatakan dan banyak juga yang direncanakan untuk memastikan perjalanan kelab lebih lancar dan memenuhi objektif penubuhan. Ini merupakan "post" yang pertama untuk memulakan tinta atau catatan perjalanan Kelab Pembangunan, semoga medium ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh dikalangan ahli-ahli kelab untuk merapatkan jurang di kalangan ahli-ahli. Tunggulah pembangunan "blog" ini untuk kegunaan kita semua....InsyaAllah